Quantcast
Channel: IBNU RUSYDI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 61

Perdana Menteri Bukan Melayu?

$
0
0






Baru-baru ini, Malaymail Onlinedengan ghairah menyiarkan berita mengenai ucapan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang dipetik sebagai berkata Republik berkenaan akan meminda perlembagaannya bagi memastikan Presiden Singapura yang akan datang dapat dilantik dikalangan etnik minoriti. Artikel tersebut kemudian terus memfokuskan kepada persoalan sama ada Malaysia bersedia untuk menerima Perdana Menteri (PM) bukan Melayu.

Sama ada penulisnya memang jahil atau pura-pura tidak tahu, membandingkan jawatan Presiden Singapura dengan PM Malaysia adalah tidak tepat. Jawatan Presiden Singapura merupakan ketua negara yang tidak mempunyai kuasa eksekutif sebagaimana PM Singapura. Dan bagi yang memiliki ilmu sejarah, tiada apa-apa yang baru dan menarik pun mengenai pengumuman tersebut. Ini kerana daripada tujuh (7) orang Presiden Singapura, empat (4) presiden terdahulu sememangnya daripada etnik minoriti iaitu seorang Melayu, seorang Serani dan dua (2) India. Selepas Singapura keluar dari Malaysia, tiada lagi Melayu selain Yusuf Ishak (Presiden pertama ketika Singapura masih dalam Malaysia) yang berpeluang menjadi Presiden Singapura sehingga kini walaupun etnik Melayu merupakan etnik kedua terbesar di Singapura.         

Sekiranya penulisnya jujur ingin bertanya sama ada Malaysia bersedia menerima PM bukan Melayu, dia sepatutnya memeriksa sama ada Singapura telah bersedia menerima PM bukan Cina. Ini barulah perbandingan epal dengan epal. Sejak kemerdekaannya, Singapura telah mempunyai tiga (3) orang PM yang kesemuanya daripada etnik Cina. Dan jika diteliti rekod ucapan Lee Hsien Loong sendiri, beliau ada menyatakan bahawa Singapura tidak bersedia untuk menerima PM bukan Cina.


 Artikel tersebut juga menyerang parti-parti berasaskan kaum terutamanya UMNO dan PAS yang dinyatakan menghadkan keahlian berdasarkan etnik. Mungkin sekali lagi penulisnya tidak sedar bahawa selaras dengan perkembangan zaman, parti-parti berasaskan Melayu seperti UMNO dan PAS telah lama membuka keahlian yang tidak terhad kepada kaum Melayu semata-mata. UMNO yang kini melebarkan sayap ke Sabah telah lama membuka pintu keahliannya kepada etnik-etnik pribumi termasuk yang bukan Islam di Negeri tersebut. Sementara PAS telah mewujudkan sayap bukan Islam dalam parti berkenaan.

Walaupun hampir separuh parti-parti di dalam Barisan Nasional (BN) adalah berasaskan kaum, namun peluang etnik minoriti untuk memegang jawatan Ketua Eksekutif dalam pentadbiran Kerajaan Negeri adalah jauh lebih terbukti berbanding dengan parti DAP. Sebagai contoh, di Negeri Sarawak, dua (2) daripada lima (5) Ketua Menterinya merupakan etnik Melanau serta memegang rekod paling lama menjadi Ketua Menteri. Etnik Melanau hanya meliputi kira-kira hanya 5% sahaja daripada keseluruhan penduduk Sarawak dan merupakan minoriti dalam minoriti. Tetapi pernahkah perkara ini diberikan pujian oleh DAP? Sementara PAS telah lama melantik ahlinya yang berketurunan Cina sebagai salah seorang EXCO dalam Pentadbiran Kerajaan Kelantan. Jauh lebih terkehadapan berbanding dengan parti DAP yang langsung tidak ada melantik ahli Bumiputeranya sebagai EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Bandingkan juga dengan pemilihan DAP Selangor seperti di atas. Gobind Singh mendapat undi yang tertinggi, tetapi Tony Pua yang menduduki undi ke-8 tertinggi yang dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor. Tidak dilupakan jugaseorang perwakilan DAP iaitu Shamsher Singh Thind pernah mempersoalkan kenapa Pengerusi DAP Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP menggunakan Bahasa Mandarin dan bukannya Bahasa Melayu dalam Persidangan DAP sedangkan bukan semua rakyat Malaysia memahami Bahasa Mandarin. Jadi apalah gunanya sebuah parti membuka pintu keahliannya kepada semua etnik tetapi dalam polisi pentadbirannya hanya mengutamakan satu kaum sahaja? Apa gunanya sebuah parti mengaku sebagai 'Malaysian First' tetapi di dalamnya masih tebal dengan sikap ethno-centricdan chauvinist yang lebih mengutamakan etnik daripada kepentingan negara sendiri?        





Mendiang Karpal Singh semasa hayatnya dilaporkan pernah menyatakan hasratnya akan terus berjuang untuk seorang Perdana Menteri bukan Melayu. Tetapi amat malang baru memerintah sebuah negeri pun, partinya yang mengaku sebagai mengutamakan meritokrasi dan buta warna kulit ini telah gagal memberikan peluang yang sewajarnya kepada salah seorang Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang dari etnik minoriti yang telah dua penggal menjadi TKM untuk dipertimbangkan sebagai pilihan utama untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang yang seterusnya.      

Mungkin selepas ini Malaymail Online lebih sesuai menyiarkan artikel 'Is Penang Ready For Non-Chinese CM?'. Ada berani?




Viewing all articles
Browse latest Browse all 61