Quantcast
Channel: IBNU RUSYDI
Viewing all articles
Browse latest Browse all 61

Isu Basi : Hang Tuah Sebenarnya Seorang Cina?

$
0
0

Tahun ini sudah masuk tahun 2017, tetapi nampaknya kematangan masyarakat kita berkenaan dengan sejarah masih lagi di peringkat statik dan mudah dimanipulasikan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Antaranya adalah berkenaan dengan cerita bahawa Hang Tuah sebenarnya adalah seorang Cina yang bernama Hang Too Ah yang tular baru-baru ini.

Sebenarnya dakwaan bahawa Hang Tuah kononnya seorang Cina yang bernama Hang Too Ah ini bukanlah benda baru. Penulis sudah mendengarnya sejak tahun 90-an lagi iaitu sewaktu masih bersekolah. Tetapi ketika itu tiada siapa pun yang mengambil serius kerana semua orang sedar perkara tersebut hanyalah satu gurauan dan hanya bertujuan lawak sahaja, atau mengikut bahasa generasi kini, ianya adalah ‘troll’ semata-mata.

Perigi Hang Tuah di Melaka


Namun begitu, cerita ‘troll’ ini mula disebarkan secara meluas sekitar tahun 2008, iaitu ketika arena politik negara sedang ‘panas’ dengan pilihanraya dan segala yang berunsur keMelayuan termasuk sejarah Melayu sedang hebat diasak dan diputarbelitkan oleh pihak-pihak tertentu yang merasakan mereka semakin kuat hasil kemenangan yang diperoleh dalam pilihanraya. Seorang penulis anonymous yang menggunakan pelbagai nama samaran dikesan mula menyebarkan cerita bahawa Hang Tuah kononnya seorang Cina yang bernama Hang Too Ah. Untuk mensensasikan lagi dakwaan berkenaan, maka ditokok tambah lagi cerita berkenaan dengan unsur-unsur teori konspirasi iaitu kononnya sebuah persatuan di Michigan, USA, yang menghimpunkan saintis, ahli arkeologi, sejarahwan dan sebagainya dari pelbagai negara telah menemui dan menganalisis rangka Hang Tuah dan rakan-rakannya dan kononnya mendapati mereka sebenarnya adalah seorang Cina.

Dan kisah inilah kemudian yang ditularkan dengan meluas pula oleh portal-portal berita atas talian yang diketahui umum bersikap anti-Melayu, Sebilangan masyarakat kita pula tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu dengan ghairah terus menyambut dan menyebarkan lagi dakwaan tersebut. Kebodohan ini bukan sahaja melanda rakyat kebanyakan, bahkan mencapai kemuncaknya apabila terdapat politikus-politikus Melayu sendiri termasuklah yang bergelar 'Dr.' dihadapan namanya mencadangkan agar satu seminar khas diadakan untuk membincangkan ke’Cina’an Hang Tuah memandangkan partinya pada ketika itu sedang kemaruk untuk memancing undi masyarakat bukan Melayu.

Demi politik, agama dan bangsa pun mereka sanggup gadaikan maruahnya. Tidakkah para politikus termasuklah yang berbangga memiliki kelulusan PhD ini terfikir untuk membuat semakan terlebih dahulu siapakah gerangan individu yang menularkan ‘troll’ berkenaan? Adakah mereka sedar bahawa persatuan dari Michigan, USA, yang disebutkan dalam artikel tentang ke’Cina’an Hang Tuah ini sebenarnya langsung tidak wujud? Adakah cerita yang ditularkan di internet tanpa diketahui asal usul sumbernya boleh terus diangkat sebagai satu teori?  

Universitas Hang Tuah di Surabaya, Indonesia


Penulis sudah malas dan penat untuk menerangkan hujah-hujah yang jelas sekali lagi bahawa cerita Hang Tuah seorang Cina ini sebenarnya hanyalah ‘troll’semata-mata yang jelas terlalu mengarut dan merepek. Para pembaca boleh menyemak penjelasan panjang lebar berkenaan hal ini dari tulisan rakan-rakan penulis yang lain. Penulis cuma terfikir untuk tempoh 10 tahun yang akan datang, adakah kebodohan masyarakat kita berkenaan perkara ini akan berulang lagi?  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 61